SAkit HaTi……(TAI……………)
Jangan bertanya bagaimana
rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa
sakit, pedih, dan perih. Amat sukar untuk diungkapkan, tapi ia sangat
jelas seperti menghiris dada di bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit
dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak
selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh
perbezaan pendapat dengan teman atau keluarga. Namun, sakit hati hampir
sama rasanya dengan putus cinta.
Siapa pun anda, pasti ingin
dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi,
ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan
mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar
untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu
apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda,
memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa
yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan
atau tanpa sakit hati.
Kesimpulannya, belajar untuk membuka
kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang
pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat
atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh
sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di
dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda. Tanpa bermaksud
mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada
baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat,
kekasih atau keluarga dan sebaik apapun dia, suatu masa nanti akan
menjadi orang yang akan menyakiti anda, walaupun mungkin tidak
disengaja. Oleh sebab itu, ada baiknya anda menganggap bahawa mereka
tidak serius dengan ucapannya. Anda boleh menganggapnya seperti angin
berlalu, jangan dimasukkan ke dalam hati.
Belajar untuk
bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba
bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa
yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain
lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk
menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang
lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah
bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan
anda. Berusahalah menjadi seorang yang baik, bersopan, bijak, tidak
mementingkan diri sendiri dan dapat dipercayai. Untuk menjadi semua
itu, tentu saja anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda
merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan. Berkomunikasi secara
jujur sangat penting. Ungkapkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa
yang dibenci. Hal itu akan membantu orang lain mengerti anda dan
berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin akan menyakiti
hati anda.
Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan
perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain.
Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama
yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain
kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan
teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan
orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana
fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.
by,
Myelina Tashiro >> relexjap@yahoogroups.com
April 30th, 2007 at 9:33 am
wah tulisan kamu..lumayan meringankan perasaan ku sekarang vid..
lumayan mewakili rasa sakit hatiku juga..hehehe..keep writing! let we share our blog
May 3rd, 2007 at 11:46 pm
ok deeeh boss sama2 kamu juga keep writing ya ^_^
December 17th, 2007 at 9:16 am
wah maz sakit hati menyenangkan lho mas lha aku sampe sekarang aja masih merasakan makanya kalo ktmu teman2 pasti ditanya “lagi bereng/miring po?” yach ternyata memang sakit sich tapi ternyata tu bisa membuat kita jangan sampe nyakitin orang walopun kita tersakiti seperih apapun sok idealis seh tetapi kalo terwujud maz wuih hasilnya…………….kagak tau deh hehehehehehe…….
December 24th, 2007 at 7:21 pm
Tengkyu commentnya wahyu
yap kamuy benar….!!!
keep smile!!!! meskipun bereng!!!!
semangat jo…..
^_^
davacry
June 13th, 2008 at 11:40 pm
Q se7 ja,,,
tak dukung,,,